“Don’t worry about failure; you only have to be right once.”

Blog ini dibangunkan sebagai memenuhi sebahagian dari keperluan kursus Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan (BPME2013). Blog ini mengandungi artikel dan komen berkaitan 3 orang usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri Tony Fernandes , Puan Rozita Ibrahim dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukary serta artikel lain yang berkaitan dengan keusahawanan.


Monday, 14 April 2014

Kreativiti dan Inovasi dalam Dunia Usahawan








Kreativiti dan inovasi merujuk kepada melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Kreativiti dan inovasi juga boleh dikaitkan dengan pembaharuan, penambahbaikan, penciptaan dan penemuan.





 
Konsep kreativiti dan inovasi ini adalah luas dan boleh diguna pakai di dalam pelbagai bidang dan  tidak terkecuali bidang perniagaan.

Bisnes Adalah Kreativiti dan Inovasi

Dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan.

Justeru, usahawan yang membudayakan kreativiti dan inovasi di dalam model perniagaan mereka, akan lebih bergerak maju dan berjaya berbanding usahawan yang kekal dengan model perniagaan tradisional, yang hanya mementingkan jualan semata-mata.

Kreativiti dan inovasi di dalam dunia perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Antaranya melalui produk, perkhidmatan, jenama, model perniagaan dan pemasaran.


Dengan kreativiti dan inovasi, sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, akan membentuk keunikan dan berbeza dengan produk atau perkhidmatan yang sama yang telah sedia ada di pasaran.

 Di Malaysia, kita mungkin mempunyai lebih 100 pengeluar peralatan memasak.
Tetapi apa yang membezakan 100 pengeluar tadi sehingga pengguna dapat membezakan di antara barang milik Ah cheng dan barang milik Ali? Jawapannya adalah sejauh mana kreativiti dan inovasi digunakan bagi menonjolkan kelainan dan keunikan produk masing-masing.
 
Kesimpulannya, kreativiti dan inovasi amat penting bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ketika ini.
Mereka yang mengabaikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi akan ketinggalan dan akan terus berada di belakang pesaing-pesaing yang terus-menerus mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang inovatif selaras dengan perkembangan dunia semasa.

No comments:

Post a Comment