Adab atau akhlak merupakan intipati dalam kehidupan kita selaku orang Islam. Kita disaran supaya mengikut bahkan wajib mengikuti sunnah Rasullulah SAW. Pada kali ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang mana semakin habis ‘dimakan keuntungan’ perniagaan gara-gara kita terlepas pandang tentang adab kita dalam berniaga.
1) Niat
Inilah perkara yang paling asas dalam
memulakan setiap ibadah kita baik yang wajib mahupun yang sunat. Dalam
kita menjalankan perniagaan kita akan bertanya dalam diri kita apa
tujuan kita menceburkan diri dalam perniagaan dan seterusnya kita akan
lebih bersikap tanggungjawab dan berhati-hati supaya tidak terjebak
kepada yang haram. Hal ini disebabkan oleh kita telah niatkan semuanya
kerana Allah.
2) Tidak Menjual Barang Yang Diharamkan
Sebagai seorang Islam yang berakal, kita
ditegah daripada mendekati perkara yang diharamkan oleh syariat Islam
sendiri. Dalam hal ini, kita disarankan supaya menghindari barang-barang
yang diharamkan seperti dadah, arak, majalah porno dan lain-lain.
3) Tidak Memonopoli Barang
Antara hak peniaga terhadap pelanggan
ialah tidak menyekat barang keperluan asas yang mana ia menjadi nadi
kehidupan keperluan isi rumah. Inilah yang dilarang oleh syariat Islam
iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu untuk dijual apabila berlaku
peningkatan harga yang melambung tinggi.
4) Mematuhi Perjanjian
Dalam setiap perniagaan, ada perjanjian
atau MoU yang sering diadakan bagi memutuskan persetujuan antara dua
pihak (pembeli dan penjual). Dalam syariat Islam, ia dipanggil akad jual
beli. Dalam hal ini kita dilarang melanggar perjanjian yang telah
disepakati kerana ia boleh membawa kepada kerugian atau hilang
kepercayaan pada masa akan datang.
6) Bersikap Jujur
Jujur dan bersikap terbuka dan tidak
menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada barang yang diniagakan
ketika menjualnya. Sifat ini merupakan sifat yang terpuji dan mudah
mendapat kepercayaan orang ramai.
7) Menghindari Riba
Perkara yang tidak terlepas dikalangan
kita pembeli mahupun penjual. Ia boleh berlaku baik di kalangan kita
yang beragama Islam mahupun bukan.
10) Menjaga Syiar-syiar Islam
Menjaga segala perintah syarak dengan
baik dan sentiasa menjauhi segala larangan Allah Taala merupakan kunci
kejayaan kita di dunia. Sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap aspek
kehidupan kerana ia memberi kebaikan kepada diri kita sendiri. Contoh
paling mudah ialah menjaga solat berjemaah, bersedekah, infak dan
sebagainya.

No comments:
Post a Comment